Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Friday, February 25, 2011

Perjuangan Seorang Aku..

Merintis jalan suram..
Keluar kepompong kebebasan.
cabaran telah bermula..
kutempuh penuh suka dan duka..

tercabar bila di pandang sebelah mata..
membuktikan sesuatu di luar duga.
kawan disisi berganding tangan..
sokongan di beri tanpa sempadan..

berlari aku sampai kepuncak..
indah ku impi, suram yg kudapat..
teman berlari sudah penat..
aku sendiri terpaksa bertongkat.

Kabur tentang perjuangan..
jangan berani cabar kemajuan.
setapak aku melangkah..
biarku jatuh tersungkur dari mengalah..

namun hati telah rela..
membiarkn diri merasa pedih.
pedih belakang di tikam parang..
parang yg ku asah makan tuan..

Saturday, February 12, 2011

Semoga Berjaya Safee

Selamat maju jaya Safee.. Semoga dengan penghijrahan ini kan membuka lembaran baru kepada arena bola sepak negara. Kami akan sentiasa merindui aksi2 mu di stadium keramat kami.
Tiada apa yg kami harapkan, semoga dengan pemergian Safee ini akan di jadikan azam kepada pemain2 lain untuk mengikut jejak beliau. Selamat berjuang di perantauan..
Namamu akan terpahat selaku lagenda selangor dan jelmaan Supermokh..

Safee telah bermain utk pasukan selangor selama 4 musim (2007-2010) dan telah menjaringkan 65 gol bersama selangor. Sejak bergelar pemain profesional, Safee telah menjaringkan 109 gol peribadi.

Semalam, Safee diberi penghormatan terakhir bersama Selangor dan diberi lilitan Ketua Pasukan. Walaupun tiada jaringan terhasil dr beliau, aksi2 menarik yg ditunjukkan amat menghiburkan. Tandukannya yg terkena tiang menyebabkan seluruh stadium bersorak.
Selepas perlawanan tamat, Safee telah berlari mengelilingi padang sambil melambai tanda hormat kepada penyokong2 setia merah kuning. Di pentas utama, safee telah di hadiahkan cenderamata dr kelab penyokong selangor, jam dr jurulatih, replika bola yg ditandatangani oleh semua pemain dan replika jersi dr Timbalan Presiden FAS.
Di Restoran milik Zainal Abidin Lagenda17) pula,Safee terus diraikan. Sekumpulan penyokong dari Selangor United menunggu safee dengan penuh kesabaran. Apabila kelibat Safee kelihatan, penyokong2 Selangor United dilihat berdiri sambil menepuk tangan menyambut ketibaan beliau. Safee bersama keluarganya dilihat agak terkejut dengan sambutan ini. Safee juga diberi satu lagi kejutan oleh pihak Lagenda17. Lagenda17 menyediakan satu kek sambil diiringi nyanyian selamat dari Selangor United. Sebelum pulang, Safee melayan peminat2 dengan bergambar dan menandatangani bendera dah t shirt khas yang disediakan.