Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Thursday, December 30, 2010

Harimau Sedang Bangkit

Salam..
Minggu ini agak ganjil. Sebelum nie kalau aku baca paper, terus selak muka belakang jer. Bab sukan. Tp dlm seminggu nie kena baca depan n belakang. Semua surat khabar keluar cerita Skuad Bola sepak kebangsaan.
Fenomena yg jarang berlaku pada alaf baru nie. Rakyat Malaysia dah mula beri perhatian pada Bolasepak negara. Buktinya, di KLIA semalam, lebih kurang 5 ribu org hadir untuk sambut ketibaan wira2 Malaysia ini. Belum kira yg tunggu kat wisma FAM lagi.Sebelum nie nak dapat tgk 1 ribu org kat stadium pon susah.
Dulu orang malu nak pakai jersi Malaysia. Sekarang, jersi yg original di butik pon abis. Bila difikir2 kan blk, mula2 sebelum Piala AFF nie berlangsung, ada sedikit kebimbangan tentang skuad nie. Kita ilang sekurang2 nya 10 pemain akibat cedera. Tp selepas kita menang nie, pemain2 yg cedera nie kena lebih usaha utk dapat tempat semula dlm skuad nie. Sekurang2nya secara tidak langsung akan berlaku persaingan sihat.
Sekarang nie kita tunggu perlawanan seterusnya Malaysia menentang Pakistan 2 bulan dari sekarang. Mungkin pasukan ini akan lebih mantap selepas ini.

Sunday, December 26, 2010

Generasi Baru Harimau Malaya

Salam..
              Masih terasa kehangatan suasana di Bukit Jalil malam tadi. Terkejut dan sangat teruja dengan kehadiran penyokong2 Harimau Malaya. Kali pertama aku tgk Bukit Jalil penuh dengan lautan penyokong Malaysia dan menenggelamkan baju2 merah. Sekali lagi Indonesia berduka pada tarikh 26hb.
             Bola sepak kita sedang mengalami transformasi. Dari segi pemain, pengurusan, jurulatih, serta penyokong. Jurulatih tempatan jika diberi peluang juga mampu menyerlah. Apa yg aku tabik dengan Coach Raja, dia seorang coach yg mampu menaikkan prestasi pemain dengan baik. Ada pemain yg kita langsung x kenal sblm nie tp mampu menyerlah. Walaupun ramai pemain yg tercedera, namun itu tidak dijadikan alasan. Beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pemain2 muda, menukar formasi serta corak permainan. Inilah impak yg mampu coach Raja berkan sehingga membuahkan hasil. Pemain juga tidak penah putus asa, malah bermain sehingga wisel penamat. Berbeza dengan pasukan2 negara yg lepas.
             Sekali lagi aku tegaskan.Tanpa player import dlm Liga Malaysia x bermakna kita x mampu bersaing di pentas antarabangsa. Malah impaknya telah terbukti sekarang. Kita berjaya merangkul pingat emas di Sea Games dan sekarang ni Piala AFF bakal kita miliki. Ternyata pemain2 muda kita yg lahir dr acuan kita sdiri mampu menyerlah jika kita bentuk dan beri peluang sebaik2nya. Pemain import sebenarnya menutup peluang kepada pemain2 kita sdiri. Harus diingat, 90% dari pemain2 negara kita skrg nie adalah pemain2 muda yg masih panjang lagi perjuangan mereka utk negara. Aku menyokong penuh pada penubuhan skuad Harimau Muda. Oleh kerana itu, skuad ini mendapat kepercayaan penuh oleh penyokong2 negara. Ini terbukti dengan suasana seluruh negara malam td. Jersi Kebangsaan yg dulunya tidak laku, sungguh laris sekarang nie. Malah butik2 sukan yg menjual jersi berharga RM199 pon laris. Di sempadan Perlis, jersi gred AAA yg dijual, habis di borong. Kita mula bangga dengan jersi yg terlekat Jalur Gemilang di dada. Aku sdiri sepanjang AFF nie, telah membelanjakan sekurang2 RM400 untuk jersi, tiket, mafla, bendera serta banner. Ternyata pengorbanan ini berbaloi..
              Aku berharap, ini akan dijadikan permulaan utk kebangkitan Skuad Harimau kita. FAM juga perlu memberi lebih ruang kepada peminat2 untuk memberikan pandangan. Tingkatkan lagi mutu liga kita dan mencari bakat2 baru dari sekarang. Mulakannya dari akar umbi. Semoga dengan usaha ini akan menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.. AUMMMMMMM...

Wednesday, December 8, 2010

Malaysia VS Vietnam

Bersiap sedia untuk meredah jem ibukota Kuala Lumpur rabu depan. Ke stadium Bukit Jalil utk berjuang bersama2 player Malaysia. Lama dah x tgk Malaysia bermain di stadium sdiri. Kali terakhir game frendly dgn Korea. Rindu nak bersorak kat stadium. Lama dah x lepak bersama2 geng Selangor United. Fan2 yg gila2 dan penuh dengan semangat kesukanan.
Agak2nye brapa ramai rakyat Malaysia yg sudi nak ke stadium tu nanti? Waktu game Piala Malaysia aritu, ramai gak fan2 baju merah yg sanggup redah highway berjam2 utk tgk negeri dorg main. Bila game yg melibatkan Malaysia nie, sanggup ker dorg turun? Dh tentu ramai fan2 lembah klang dak yg ada.. Apa2 pon, kita tgk nnti..

Salam Perkenalan..

Bagi sesiapa yg x kenal aku, nie ler diri aku.. Gila sukan terutamanya bola.. Orang zaman sekarang ramai yg suka tengok bola luar negara. Bagi aku, aku masih menyokong sepenuhnya bola sepak tempatan walaupun dah biasa kena gelak. Aku rasa rugi lak bila x dilahirkan zaman2 bola kita di saat kegemilangan dulu. Bola sepak negara sekarang nie, macam lawak jenaka pon ada. Sampai bila ler agaknya aku nak dapat tgk bola sepak kita nie berkembang. Sempat x agaknya nk tgk Malaysia nie main kat Piala Dunia sebelum aku pejam mata?? Soalan yg agak sukar nak di jawap pada ketika ini..

Budak Baru Belajar

Selama nie selalu dengar ada org up date blog. Rasa macam ketinggalan lak bila xder blog sdiri.
Apa kegunaan blog nie? Bagi org yg dah ada blog mybe dh bosan, ada yg x bosan2 n ada lak yg teruja mcm aku nie sbb baru nk belajar.. So, pada saper2 insan yg bermurah hati nak ajar aku edit2kan blog nie di persilakan. Aku dengan rasa rendah dirinya memohon kalian smua beri tunjuk ajar..