Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Monday, June 11, 2012

Mengenang Sejarah dan Mencipta Sejarah

Nostalgia Final. SAAS VS SMSB
09 dan 10 Jun 2012. Sejarah dan kenangan bagi beberapa pemain dan bekas2 pemain softball di sekolah Selangor. Nostalgia bersama2 rakan lama dalam sukan Softball kembali bertaut. Kejohanan Softball Alumni Sekolah2 Selangor anjuran Alumni SAAS Tiger membuka lembaran baru sukan softball di Negeri Selangor. Apa tidaknya. Setelah bertahun dan ada yg berpuluh tahun tidak berjumpa, 2 hari ni bagaikan memori indah untuk dikenang.

Bagi aku, walaupon tidak seusia otai2 yg cukup masak dengan sejarah ini, aku juga dapat merasakan sesuatu yg mereka juga rasakan. Kenangan zaman sekolah bersama rakan2 sukar untuk dilupakan. Apatah lagi bersekolah disekolah yg sarat dengan sejarah softballnyer. Sekolah Menengah Selayang Bharu dan Sekolah SAAS dulunya merupakan musuh tradisi dlm sukan Softball di peringkat Selangor ini.

Kejohanan ini bukan piala yg menjadi buruan. Bukan kerana nama untuk disanjung. Yang tidak ternilai bila ada yg 25tahun tidak memegang Glove, kembali menyarungnya di tangan, kembali mencium aroma asli dalam glove tersebut. SAAS seperti biasa dengan Jersi seragamnya dan kami SMSB masih dengan pakaian rojak. Masing2 bermain dalam suasana yg begitu enjoy. Pelbagai cerita, pelbagai sejarah mula dikeluarkan kembali. Sama2 mengenang, sama2 geli hati.

Bekas pelajar SM Selayang dari zaman berbeza
Matlamat kejohanan bagi aku telah mencapai sesuatu lebih dari sasarannya. Pujian kepada penganjur. Mencetus Fenomena baru sukan softball. Sesuatu yg dikenang, bukan untuk disimpan. Tapi perlu dikeluarkan. Jutaan terima kasih kerana mengembalikan semula nostalgia zaman persekolahan. Game ini bagi mereka yg mengenal dan menghargai sejarah. Maka, sejarah baru tercipta.

Aku yg telah dipilih sebagai pemain terbaik