Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Saturday, April 30, 2011

Teruskan Usaha Adik2 Ku

7.15 baru sampai rumah. Sebelum matahari naik dah kluar rumah, matahari terbenam baru sampai rumah balik. Letih sampai memandu sambil tido. Huhuhu.. Bahaya.. Semuanya gara2 Softball. Kenapa ntah sekarang ni aku tiba2 rasa semangat balik nak main n melatih balik. Bila latih bdk2 Sg. Buaya ni teringat aku kenangan masa latih senior2 dorg dulu..

Pg td cuaca pon cantik. Aku dtg dengan semangat yg tinggi utk melatih dorg. Tp pukul 8 lebih dorg masih dok kat bus stop luar sekolah. Janji mula pukul 8. Hilang Mood aku. Dan mcm biasa, pg2 dorg dh kena maki. Padan muka. Abis kena khutbah, joging luar sekolah. Yg paling best part sesi nangis2.. hahaha.. Baru dorg tau perasaan masing2 bila ada dikalangan mereka yg tak suka perangai dorg. Tp aku puji sbb masing2 cuba utk berubah dan menegur kwn2 lain dengan cara baik tanpa bermusuhan.

Kita dah cuba usaha, hanya mohon sedikit nasib pengorbanan masa game nanti. Ingatler korg semua yg kenangan masa sekolah ni adalah kenangan yg korang takkan lupa sampai bila2. Jadi, binalah kenangan yg indah tu dari sekarang. Moga korg mencapai apa yg korg idamkan....

Adiosssss...

Sunday, April 24, 2011

Moga Selamat Sahabatku

Semalam masa aku tengah latih bdk2 softball di sg buaya, aku dapat satu sms dr sorg sahabat lama dr klang. Bg aku bila sebut jer pasal sahabat dr Klang, aku ada sorg tu jer. Nama dia Megat Saiful Anuar. Dlm sms tu dia bgtau yg dia akan menjalani pembedahan tukar injap jantung isnin nie. Terkejut aku, walaupon aku tau yg dia ada masalah jantung. Tp setahu aku jantung dia dah takder masalah. 8 tahun lepas aku ada melawat dia kat hospital Klang. Tp perangai dia mcm biasa jer. Lepas tu dia ckp dia takder apa2 masalah dh ngan jantung dia.

Last aku jumpa sahabat aku ni masa aku kaiwin dulu. Tp bila aku rasa teringat kat dia, aku akan kol n tanya kabar. Petang tadi aku, isteri n anak aku pegi melawat dia kat IJN. Nampak dari segi luaran mcm takder apa2 yg jadi kat dia. Masih boleh melawak. Dia ckp luar smua ok. Yang dalam tak nampak. Tp mula2 aku pelik gak tgk gigi dia. Dah rongak. Banyak yg takder. Dia cakap doktor sruh buang sbb saraf gigi dia dh rosak sbb dia penah xcident dulu. Takut masa dia kena bedah nnti, saraf gigi dia ganggu.

Bila aku kenang balik masa aku dengan dia dulu rasa sedih lak. Aku kenal dia masa sama2 main softball wakil Selangor dulu. Kitorg masuk kem tunas gemilang untuk pemilihan wakil remaja Malaysia. Dia wakil dr klang n aku wakil dr Gombak. Mula2 masing2 sombong sbb masing2 badget power. Tp bila dh kenal, timbul perasaan lain. Perasaan seorang sahabat setia. Susah nk cari sahabat mcm dia ni. Lawak, simple, n yg paling aku respek cara dia layan org tua. Semua org senang ngan perangai dia. Sampai awek kena rampas ngan member pon dia rilex jer. takder dendam2.

Dulu bila aku g Klang jer slalu lepak ngan dia. Bila dh masing2 keje, susah sikit nak jumpa. Sok pg dia akan jalani pembedahan untuk tukar injap. Memang ada risiko. Tp dia masih boleh rilex lagi. Aku doakan pembedahan esok akan berjaya. Lepas bedah sok 2 hari dia akn duduk di ICU. Kalau aku kat tempat dia, mcm manaler perasaan aku sekarang? Apa2 pon, kita tunggu perkembangan dia nanti...

Sahabat Sejati...

Monday, April 4, 2011

Video Skandal Seks Anwar Ibrahim..


Tak faham aku.. Dh confirmker yg video seks tu mmg btul org tu pnyer? Yg aku peliknyer kwn baik sdiri yg cuba nk aibkn kwnnyer.. Mmg puak2 dia ni xleh cayer.. duit pny pasal. yg blum tgk pon beria2 mcm dh tgk. korg ingatler yg cuba buat fitnah nk aibkn org ni.. Korg ada family. ada anak n bini. Sok bila ada lak yg buat mcm ni kat korg, br korg tau.. klu akuler.. sampai mati pon aku x caya. sbb yg cuba sebarkn bnda ni pon bkn baik.. lg truk. siap ada kes lg. x malu ker? cermin diri ler oiii..

Nama penah tercemar sbb rasuah, dh kira syukor ler x kena penjara. Sekarang ni nk aibkn org lak. Tak terpikir ker yg ko nk aibkn tu bangsa ko sdiri. Jaga ler idup sdiri sudah.

Ingat.. Allah tu Maha Mengetahui. Hari ini kita fitnah org.. Esok mungkin kita boleh selamat.. Tp di akhirat nnti?