Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Friday, March 25, 2011

Politik Si Melayu

Politik...
Naik muak kadang2 bila cerita pasal politik ni. Untuk apa politik ni? Releven ker politik zaman sekarang ni? Yang aku tau politik zaman sekarang ni dh kotor sbb segelintir manusia ni menggunakan politik utk kepentingan sdiri. Org politik ni byk pengaruh. Ramai kenal org. Maka secara tak sengaja akan melibatkan pilih kasih. Yg rapat rasaler tempiasnyer.

Nak minta tolong apa2 sekarang ni nk kena jumpa org2 politik. Kalau tak kenal, nak buat apa2 pon susah. Nak bisnes kalau takder org politik pon susah. Maka timbul pula rasuah, penindasan, yg salah jd betul n sebaliknya.

Sekarang ni buka tv dan surat khabar abis cerita pasal politik. Kadang2 takder perkataan politik. Tapi berkaitan politik. Tak salah pon semua ni. Orang2 politik kan banyak membangunkan negara. Tapi yang salahnya pasal isu2 yg tak masuk akal. Terus terang aku cakap yg aku malu bila kluar citer2 pasal liwat dan video sex. Kadang2 benda2 ni boleh jadi gurauan pada bdk2 sekolah. Yang lagi buat aku malu, bila ada melayu yang tuduh melayu lain meliwat. Kalau nk ikutkan byk benda lain yang boleh keluar kat berita. Tak cukup dgn itu, keluar pulak cerita pasal melayu yang tuduh melayu lain terlibat dengan video sex. Kerajaan haramkan filem2 lucah. Tp bapak2 org ni boleh tengok lak video ni ramai2. Lepas tu bagitau org lain. Yang aku pelik, mcm mana dorg jer yg boleh dapat video tu? Siapa yg rakam aksi tu?

Kadang2 benda2 ni lawak lak. Bila nk pilihanraya mcm berita2 pelik yg kuar. Ingatler ckit.. Kita ni melayu. Parti apa pon yg korang masuk, tak payah nak jatuhkan melayu lain. Benda senang jer. Kalau ko buat baik, orang suka. Budak tadika pon boleh tau pilih ketua kelas yg macam mana.

Semua parti sama jer. Cuba kita fikir secara positifnya. Buka minta terang2. Dalam banyak pemimpin2 politik dalam malaysia ni, sapa yg paling kaya? Saper pula yg tak berapa kaya? Sape yg betul2 jaga rakyat? sapa yang tak? Masing2 ada pandangan masing2. Yang pentingnya jangan malukan melayu dan islam. Kita jangan nak sibuk pasal kes seks jer. banyak lagi kes lain. Rasuah, rompak, rempit, judi dan macam2 lagi.

Jangan biarkan Maruah bangsa dan agama kita di gadai disebabkan politik yg takkn kekal ni. Kalau kita seorang Islam, kita tau mana halal dan haramnya. Jangan sibukkan produk2 makanan halal dan restoran yang takder tanda halal. Pusat judi, kilang arak dan pusat2 pelacuran kena amik kira juga. Cuba masuk kelab2 malam. Banyak melayu yg minum arak.

Yang penting, politik ni kenaler selaras dengan agama. Bila jadi pemimpin ni kena pikir akhirat gak. jangan nak Fikir duit jer... Takkan Islam Hilang Didunia.

Wednesday, March 9, 2011

Tiket Oh Tiket

Salam blog..
Bila Malaysia dh layak ke pusingan seterusnya utk kelayakan Olimpik, aku terpanggil utk menulis dlm blog nie. Aku rasa apa yg akan aku luahkan kt sini bkn dr aku sorg saje. Ni luahan rasa dari peminat setia bola sepak Malaysia. Peminat yg sentiasa menyokong jatuh bangunnye pasukan Malaysia.

Ini semua berkenaan dengan harga tiket yang pada aku tak kena dengan situasi sekarang ni. Memang fenomena bola sepak kita sekarang ni mengalami perkembangan yg positif. Akan tetapi bukan semua situasi yg boleh diterima peminat. Pada aku harga tiket utk perlawanan Malaysia sekarang ni terlalu mahal. Bukan nak menafikan semangat patriotik yg ada. Kita bercakap tentang sukan yg perlu di bayar. Bukannya tiket konsert yg sememangnya untuk hiburan.

Harga tiket ini mengundang keburukan pada masa sekarang ni. Peminat baru saja nk menikmati suasana bola sepak yg meriah, tetapi telah di sekat dek kerana harga tiket. Mungkin ada yg anggap harga ini tidak begitu mahal, tetapi utk ke stadium memerlukan perbelanjaan seperti tol dan petrol.

Bagi aku, bila Tiket rm10, penyokong akan ramai. Bila tiket rm20, smua sudah maklum. Kita biarkan pemain menikmati sorakan ribuan peminat tiap2 kali perlawanan. Dan biarkan peminat menikmati pemainan yg menarik dari pemain. Jadi, aku harap FAM buatler keputusan sewajarnya. Jangan cuba membunuh semangat penyokong dengan mengambil kesempatan pada situasi sekarang. Penyokong yg berpendapatan rendahler sebenarnya yg ramai fanatik akan bola sepak ni. Manakala VIP2 pula diberi pas2 masuk percuma.

Selepas ini Malaysia berkemungkinan bertemu dgn pasukan2 yg dianggap Giant Asia pada ketika ini sememangnyer menjadi pengukur dan penanda aras skuad negara. Sudah tentu perlawanan yg akan dinanti-nantikan oleh smua penyokong negara.
Sudah tentunya juga pemain memerlukan semangat dr penyokong utk tonik beraksi sepanjang 90minit perlawanan.

Aku harap, FAM cepat bertindak..