Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Sunday, December 26, 2010

Generasi Baru Harimau Malaya

Salam..
              Masih terasa kehangatan suasana di Bukit Jalil malam tadi. Terkejut dan sangat teruja dengan kehadiran penyokong2 Harimau Malaya. Kali pertama aku tgk Bukit Jalil penuh dengan lautan penyokong Malaysia dan menenggelamkan baju2 merah. Sekali lagi Indonesia berduka pada tarikh 26hb.
             Bola sepak kita sedang mengalami transformasi. Dari segi pemain, pengurusan, jurulatih, serta penyokong. Jurulatih tempatan jika diberi peluang juga mampu menyerlah. Apa yg aku tabik dengan Coach Raja, dia seorang coach yg mampu menaikkan prestasi pemain dengan baik. Ada pemain yg kita langsung x kenal sblm nie tp mampu menyerlah. Walaupun ramai pemain yg tercedera, namun itu tidak dijadikan alasan. Beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pemain2 muda, menukar formasi serta corak permainan. Inilah impak yg mampu coach Raja berkan sehingga membuahkan hasil. Pemain juga tidak penah putus asa, malah bermain sehingga wisel penamat. Berbeza dengan pasukan2 negara yg lepas.
             Sekali lagi aku tegaskan.Tanpa player import dlm Liga Malaysia x bermakna kita x mampu bersaing di pentas antarabangsa. Malah impaknya telah terbukti sekarang. Kita berjaya merangkul pingat emas di Sea Games dan sekarang ni Piala AFF bakal kita miliki. Ternyata pemain2 muda kita yg lahir dr acuan kita sdiri mampu menyerlah jika kita bentuk dan beri peluang sebaik2nya. Pemain import sebenarnya menutup peluang kepada pemain2 kita sdiri. Harus diingat, 90% dari pemain2 negara kita skrg nie adalah pemain2 muda yg masih panjang lagi perjuangan mereka utk negara. Aku menyokong penuh pada penubuhan skuad Harimau Muda. Oleh kerana itu, skuad ini mendapat kepercayaan penuh oleh penyokong2 negara. Ini terbukti dengan suasana seluruh negara malam td. Jersi Kebangsaan yg dulunya tidak laku, sungguh laris sekarang nie. Malah butik2 sukan yg menjual jersi berharga RM199 pon laris. Di sempadan Perlis, jersi gred AAA yg dijual, habis di borong. Kita mula bangga dengan jersi yg terlekat Jalur Gemilang di dada. Aku sdiri sepanjang AFF nie, telah membelanjakan sekurang2 RM400 untuk jersi, tiket, mafla, bendera serta banner. Ternyata pengorbanan ini berbaloi..
              Aku berharap, ini akan dijadikan permulaan utk kebangkitan Skuad Harimau kita. FAM juga perlu memberi lebih ruang kepada peminat2 untuk memberikan pandangan. Tingkatkan lagi mutu liga kita dan mencari bakat2 baru dari sekarang. Mulakannya dari akar umbi. Semoga dengan usaha ini akan menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.. AUMMMMMMM...

No comments:

Post a Comment