Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Wednesday, March 9, 2011

Tiket Oh Tiket

Salam blog..
Bila Malaysia dh layak ke pusingan seterusnya utk kelayakan Olimpik, aku terpanggil utk menulis dlm blog nie. Aku rasa apa yg akan aku luahkan kt sini bkn dr aku sorg saje. Ni luahan rasa dari peminat setia bola sepak Malaysia. Peminat yg sentiasa menyokong jatuh bangunnye pasukan Malaysia.

Ini semua berkenaan dengan harga tiket yang pada aku tak kena dengan situasi sekarang ni. Memang fenomena bola sepak kita sekarang ni mengalami perkembangan yg positif. Akan tetapi bukan semua situasi yg boleh diterima peminat. Pada aku harga tiket utk perlawanan Malaysia sekarang ni terlalu mahal. Bukan nak menafikan semangat patriotik yg ada. Kita bercakap tentang sukan yg perlu di bayar. Bukannya tiket konsert yg sememangnya untuk hiburan.

Harga tiket ini mengundang keburukan pada masa sekarang ni. Peminat baru saja nk menikmati suasana bola sepak yg meriah, tetapi telah di sekat dek kerana harga tiket. Mungkin ada yg anggap harga ini tidak begitu mahal, tetapi utk ke stadium memerlukan perbelanjaan seperti tol dan petrol.

Bagi aku, bila Tiket rm10, penyokong akan ramai. Bila tiket rm20, smua sudah maklum. Kita biarkan pemain menikmati sorakan ribuan peminat tiap2 kali perlawanan. Dan biarkan peminat menikmati pemainan yg menarik dari pemain. Jadi, aku harap FAM buatler keputusan sewajarnya. Jangan cuba membunuh semangat penyokong dengan mengambil kesempatan pada situasi sekarang. Penyokong yg berpendapatan rendahler sebenarnya yg ramai fanatik akan bola sepak ni. Manakala VIP2 pula diberi pas2 masuk percuma.

Selepas ini Malaysia berkemungkinan bertemu dgn pasukan2 yg dianggap Giant Asia pada ketika ini sememangnyer menjadi pengukur dan penanda aras skuad negara. Sudah tentu perlawanan yg akan dinanti-nantikan oleh smua penyokong negara.
Sudah tentunya juga pemain memerlukan semangat dr penyokong utk tonik beraksi sepanjang 90minit perlawanan.

Aku harap, FAM cepat bertindak..

No comments:

Post a Comment