Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Sunday, May 15, 2011

Perjuangan Belum Selesai

Berakhirnya perjuangan. 2 bulan latihan berakhir dengan perjuangan yg kecundang selama 2 hari. Sebenarnya ada target yg aku dah capai. Tp ada sedikit untuk aku betulkan. Terutama pemain2 yg tidak perlu ada dalam pasukan. Kawan2 penat berjuang, meraka sibuk bersuka ria.

Banyak pelajaran yg perlu aku turunkan. Sebelum ni pon dh banyak. Cuma tidak di praktikkan oleh pemain2 ni. Latihan tanpa arah tujuan dan dorg smua dah dapat pengajaran dr itu. Cuma aku tak tahu smua nie dorg sedar atau tak. Susah nak bentuk jati diri dorg ni sbb slagi ada 1 sifat DEGIL n tanpa disiplin, kejayaan takkan korg capai.

Perluker aku bg bimbingan sedangkan dorg sdiri taknak berubah. Mmg ada pemain yg betul2 bagus, tp jika ada sorg yg jadi perosak, abis ler. Jadi, kalau aku nak bawa lg team ni, aku perlu buang perosak ni. Yg banyak sgt mengelat n yg banyak sangat bercakap.

Aku bencikan kekalahan. Kekalahan merobek ego seseorang. Kekalahan menyebabkan seseorang itu berdendam. Kekalahan menyeksakan, menghina insan yg dahagakan kemenangan. Tp kekalahn itu membuatkan aku bangkit. Lebih berusaha, mencari punca dan bermula dengan lebih tekad dan matlamat.

Bagi smua pemain, berusahalah. Bangkit dr kegagalan. Semalam jadikan pengalaman. Akan datang jadikan cabaran. Pengalaman dan kenangan yg kita dapat, jadikan bekalan.
Tidur bersama, makn bersama, solat bersama. Gelak gembira, ada yg demam dan berduka. Yg menaruh perasaan, yg cuba utk berpasangan. Yg jeling2 n senyum sinis. Yg khayal dan berdebar masa perlawanan. Yg marah, yg sakit hati, yg iri hati. Yg cuba curi2 menyedut asap, yg sorok2 makn. Semua ini adalah kenangan. Semua ini dari pandangan seorang yg berpengalaman yg kerap perhatikan segala pergerakan.

Bangkit... Kerana perjuangan masih belum selesai..

No comments:

Post a Comment