Selumbar - Toki Mp3
Musicaddict.com

Friday, March 2, 2012

Restu Cinta

Kenapa memaksa diri untuk bercinta sedangkan hati tanpa kasih dan sayang. Cinta itu selalu dusta. Cinta bermula di mata, tersekat tidak sampai ke hati. Bila ingin bercinta, tanya sama hati. Hati tanpa kata. Hanya merasa. Kasih, sayang bukan dibibir. Hati tidak akan menipu. Hati akan setia, akan kasih, akan simpati, akan sedih dan akan menangis. Jangan mendustai hati, kerana hati sangat keramat.

Cinta buta? Kerana cinta pandang harta dan luaran jasad manusia. Cinta itu nafsu. Sayang mengatasi segalanya. Sayang akan setia hingga jasad kaku tak bernyawa. Raikankan cinta dengan kasih sayang yang sejati. Raikan seperti taman yang indah. Sungai yang mengalir curahan rindu. Bunga yang mekar, semekar cinta. Semoga tujuan cinta direstui dengan kasih dan sayang. Kekal di hujung nyawa. Suci hingga ke syurga.

Monday, November 21, 2011

Terima Kasih FAM


Mungkin ada yg mengkeji dan menghina. Tp hakikatnya merekalah yang banyak berjasa. Melahirkan pemain  melalui pembanggunan pemain muda dari sekolah sukan, memberikan latihan yang terbaik diluar negara dan melantik jurulatih dan pengurusan yang bagus bagi melahirkan pasukan berstatus juara terbaik Asia Tenggara. Mungkin ada dikalangan mereka yang suka mencemuh dan mengkritik badan pentadbiran FAM. Tetapi adakah mereka benar-benar faham akan proses transformasi budaya bolasepak kita sekarang ini bermula dari  mereka. Aku pelik dengan mereka yang menyokong pemain tetapi tidak menyokong FAM. Dari mana pemain dan jurulatih itu datang? Dulu bolasepak kita penah dikeji sehingga penyokong tidak ke stadium bila pasukan kebangsaan kita main. Tetapi kita beri mereka sokongan sehingga kita ada pemain berkualiti sekarang ini. Kenapa kita tidak cuba untuk menyokong FAM dan beri semangat untuk mereka mentadbir dengan baik. Mungkin senang untuk mengkritik, tetapi susah untuk sama - sama membantu.
Penyampai Berita TV3 Berjersi Malaysia

Walau apa pon, aku sangat - sangat berbangga. Dapat merasai gelombang kebangkitan pasukan kebangsaan sehingga ada perkara yang dulunya tidak pernah berlaku dalam sejarah bolasepak negara kita. Sekarang, jersi Malaysia menjadi baju yang paling laris. Dulu orang segan sampai ada yang akan perli bila kita pakai jersi ini. Stadium makin meriah. perlawanan final sampai tiket abis dijual. Bolasepak dah jadi perbualan hangat. Semalam kita menang Emas utk Sea Games buat kali ke 2 berturut2. Aku rasa mcm satu kampung tengok bola ni sebab bila malaysia serang, abis jiran2 aku semua menjerit. Bila Malaysia menang, siap ada yang bakar mercun dan bunga api. Mat2 motor siap konvoi bawa bendera Malaysia. 

Aku harap, generasi anak2 aku nnti akan dapat menikmati lebih dari apa yang aku rasai sekarang ni. Mana tahu satu hari nanti kita layak ke Piala Dunia, mungkin suasana akan lebih meriah... 
Tahniah HARIMAU MALAYA..Terima Kasih FAM..

Monday, September 19, 2011

Sunday, July 31, 2011

Ahli Baru Keluarga Kami

Alhamdulillah..
Tahun ni kami beraya 4 orang. Sekarang aku dah dapat sepasang cahaya mata. Anak lelaki ni aku bagi nama Putera Rafael Najmi. Najmi tu aku amik sbb aku suka bintang. Jadi aku bagi nama Najmi yg bermaksud bintang. Rafael ni adalah hadiah harijadi paling bernilai yg Allah kurniakan untuk aku. Dia lahir 15hb July selang 5 hari dari tarikh lahir aku walaupun pada mulanya due date dia sama tarikh lahir ngan aku.

Rafael lahir pukul 08.27pg di Hospital Selayang. Berat masa tu 3.04 kilo. Dia ni beza sikit ngan kakak dia. Lahir putih melepak dan rambut lurus dan lebat. Ikut ibu dia kot. Rafael ni pon senang jaga ckit. Nangis sebab nak susu jer. Lepas tu jaga kejap dan tido. Tak banyak kerenah.

Seri masa mula2 Rafael ni balik dari Hospital, kami terpaksa asingkn. Dia rasa macam dipinggirkan dan cuba tarik perhatian. Macam2 benda yang dia buat. Asyik meragam je. Sampai aku pegi mana2 kena bawa. Kalau tidak, abis adik dia dikerjakan. Tp sekarang, dia yg banyak jaga adik dia. beli mainan pon ingat adik dia.

Aku harap semoga dengan kelahiran Rafael ni dapat menambahkan lagi kebahagiaan dan kezeki dalam keluarga kami.

Thursday, July 14, 2011

Bersih Yang Dikotorkan

Buat pertama kalinya perkataan bersih itu mencerminkan kekotoran. Dikotorkan dengan mentaliti seorang yang berpaksikan keegoaan dan kejahilan. Salahkan rakyat meluahkan perasaan tidak puas hati dan menuntut utk satu pilihanraya yang bersih? Bukankah semua parti dan rakyat Malaysia bebas untuk menuntut satu pilihanraya yang bersih? Mengapa perlu takut akan suara rakyat jika tiada kesalahan? Kuning telah menjadi satu fenomena. Tidak apa. Masih ada peluang untuk perjuangkan hak rakyat. Tidak perlu senjata. Hanya perlu sebatang pensil untuk merubah sesebuah negara. PRU13 satu penantian keramat.

Sunday, July 3, 2011

Penantian Seorang Ayah

Salam Blog..
Lama tak update. Bukan apa, buat masa sekarang tiada apa yg menarik untuk dikongsi. Kalau post benda2 yg merepek, bosan pulak kan?

Aku nk kongsi sikit tentang perasaan aku sekarang ni. Untuk pengetahuan korg, Insyaallah aku akan dapat anak ke2 dalam masa terdekat nie. Due date bini aku 10.07. Sama tarikh hari jadi aku. Bukan smua org dapat mcm mana yg aku dpt nie.

Tanyaler mana2 bapa @ bakal bapa, apa perasaan dorg saat menantikan kelahiran anak. Teruja sgt. Aura anak nie lain mcm ckit. Panas mana hati ko, tp bila tgk muka anak n keletahnyer, hilang marah ko. Mcm tu ler yg jd kat anak sulong aku. Baru nk masuk 2 tahun, tp cara ckp n perangai dh mcm bdk umur 5 tahun. Asal kluar jer iklan kat TV, smua dia hafal. Tutup cerita si kakak.

Nak citer pasal adik yg bakal lahir ni lak. Sebagai ayah, aku mmg sgt2 teruja. Lagi2 sampai sekarang aku n isteri tak tau jantina baby yg akan lahir nie. Smua org tny dh scan @ belum. Aku tak nak tau sekarang. Bg kejutan ckit. Tp aku mmg mengharapkan utk dapat anak lelaki. Dulu pon aku harap sgt, tp dh ditakdirkan utk dpt baby girl. Aku terima dengan hati yg terbuka. Sekarang ni hanya Allah yg tahu perasaan aku sebagai seorang ayah. Bkn apa, setiap ayah akan mencuba utk membahagiakan keluarganya. Memberi secukup2 keperluan utk keluarga. Apa perasaan seorg ayah jika apa yg dipinta oleh anak tidak dapat ditunaikan? Mungkin tiada siapa yg tahu. Menangis si ayah bukan di matanya. Tp jauh di dalam hati. Pengorbanan ayah bkn utk dipuji @ dihebohkan. Perut si ayah kosong tidak apa, yg penting anaknye bleh tido kekenyangan. Sakit si ayah tidak apa, janji si anak tidak demam.

Bila aku dlm situasi ini, baru aku sedar akan pengorbanan ayah aku dulu. Bila aku tny kenapa baju x berganti, dia ckp yg lama dulu masih ada. Masih baik. sedangkan aku, baju berganti. Kesekolah baju siap bertempah. Namun, apa jua yg aku beri utk ayah, tidak dapat menggantikan pengorbanannya.

Pada isteri dan anak aku, selagi aku bernyawa, selagi aku terdaya, Insyaallah akan aku beri yg terbaik utk kita sekeluarga.

Friday, July 1, 2011

Kursus Kejurulatihan Baseball Kebangsaan


Kursus kejurulatihan Baseball ke 4 yg penah aku ikut. Sebelum ni jurulatih dari Amerika dan Jepun. Baru2 nie Jurulatih dr Korea pula. Ada beberapa kelainan dari segi latihan dan budaya antara ke tiga2 Jurulatih nie.. Apa pon, 6 hari di MSN banyk ilmu yg aku dapat..